Selamat Hari Wesak diucapkan kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Buddha.
Semoga sambutan Hari Wesak kali ini membawa sinar kegembiraan dan kebahagiaan kepada semua yang meraikannya dan seterusnya menjadi asas kepada perpaduan serta keharmonian sesama kita sebagai sebuah masyarakat.
Perayaan yang disambut saban tahun ini membuktikan bahawa prinsip dan amalan beragama sentiasa dihormati dan dihayati oleh rakyat Malaysia yang maju dari segi pemikiran dan kerohanian, seiring dengan pembinaan masyarakat MADANI.
