Lembaga akan memberikan penghargaan kepada ahli-ahli atau orang ramai dan juga syarikat yang telah berjasa sama ada berbentuk kewangan dan tenaga kepada lembaga, masyarakat dan juga negara.

Ianya selaras dalam perlembagaan undang-undang tubuh lembaga di perenggan Fasal 3 iaitu memberi sumbangan atau menyampaikan anugerah atau pingat kepada mereka yang berjasa kepada pertubuhan dan juga masyarakat.

Penghargaan berupa pingat dibahagikan kepada calon adalah seperti berikut :-

Pingat Jasa Bakti (PJB)

Anugerah/Penghargaan Pingat Jasa Bakti adalah satu anugerah yang disampaikan kepada mereka yang telah berjasa kepada lembaga, masyarakat dan juga negara terutamanya mereka yang telah memberi sumbangan berbentuk kewangan, tenaga dan apa jua sumbangan terutamanya yang menaikan imej lembaga, masyarakat dan juga negara.

Anugerah Syarikat Korporat

Anugerah/Penghargaan ini diberi kepada syarikat-syarikat yang telah menjalankan usaha membantu lembaga, masyarakat dan negara di dalam kempen-kempen atau program-program yang dijalankan bagi maksud pencegahan jenayah dan kempen kesedaran jenayah.

Anugerah yang diberikan adalah berbentuk trofi dan juga sijil kepada syarikat-syarikat tersebut. Pihak lembaga akan menganugerahkan kepada syarikat beberapa kategori yang difikirkan sesuai bagi syarikat-syarikat yang telah berjasa.

Pencalonan

Setiap calon hendaklah mengisi borang penghargaan pencalonan dan menghantar maklumat-maklumat seperti gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan dan mempunyai kerjaya serta tidak mempunyai rekod jenayah semasa permohonan dibuat.

Setiap calon hendaklah berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai kerjaya serta tidak mempunyai rekod jenayah semasa permohonan dibuat.

Calon juga hendaklah memberikan maklumat tentang khidmat dan jasa yang telah dibuat di dalam mana-mana pertubuhan, NGO, politik, sukan dan lain-lain yang menunjukkan calon telah memberikan khidmat kepada masyarakat dan negara.

Pihak Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia (LKPJM) boleh meluluskan atau menolak permohonan setiap calon tanpa mempertikaikan penolakan tersebut.