PENGENALAN

Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia (LKPJM) telah ditubuhkan pada 15hb. Ogos 2012 didaftarkan sebagai suatu pertubuhan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 bagi membantu kerajaan Malaysia untuk membasmi dan membanteras gejala jenayah komersial dan najis dadah disamping memberi bantuan kepada kerajaan untuk menjaga ketenteraman awam dan anasir-anasir yang tidak diingini.

VISI

Bersama mencegah jenayah bagi memastikan Negara Malaysia Aman, Sejahtera dan Terpelihara.

MISI

Membantu agensi-agensi dan badan-badan keselamatan kerajaan dalam menjaga kedaulatan undang-undang dan negara.

MATLAMAT PENUBUHAN

  • Membantu kerajaan Malaysia untuk membasmi dan membanteras gejala jenayah dan najis dadah.
  • Memberi bantuan seadanya kepada kerajaan untuk menjaga ketenteraman awam dan anasir-anasir yang tidak diingini.
  • Memberi bantuan kepada agensi dan badan-badan keselamatan kerajaan dalam menjaga kedaulatan undang-undang dan Negara.
  • Berkerjasama dengan pihak berkuasa kerajaan Malaysia untuk dijadikan sebuah Negara yang bersih dari segi fizikal, aman sentosa dan mempunyai wawasan.
  • Memberi bantuan apabila menerima aduan daripada masyarakat dengan berkerjasama dengan agensi dan badan-badan keselamatan kerajaan dalam jenayah perdagangan bagi menjaga kedaulatan undang-undang dan negara.
  • Membuat pemantauan serta menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa tempatan terhadap kegiatan penyeludupan dan rasuah. 
  • Menubuhkan pasukan sukarelawan bagi membuat rondaan, pemantauan, perubatan dan kecemasan dengan kerjasama pihak berkuasa.
  • Untuk mencetak dan menerbitkan pelbagai majalah, risalah dan buku-buku yang mengandungi maklumat, penerangan dan kenyataan yang berbentuk kebaikan untuk di edarkan kepada ahli dengan syarat mendapat kelulusan dari Kementerian Dalam Negeri.
  • Lembaga akan menetapkan kewangan dengan mencari dan menerima sumber kewangan halal yang tidak menyalahi undang-undang dan perlembagaan Negara. Sebarang sumbangan atau keuntungan yang diperolehi akan hanya digunakan untuk memajukan lembaga dan sekali-kali tidak digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada ahli.
  • Menerima sumbangan atau menyampaikan anugerah atau pingat kepada mereka yang berjasa kepada pertubuhan dan juga masyarakat.

NAMA PERTUBUHAN :
LEMBAGA KESEDARAN PENCEGAHAN JENAYAH MALAYSIA

ALAMAT :
39-1, DATARAN MESTIKA, JALAN MAWAR 15, TAMAN MESTIKA, 56100 CHERAS, KUALA LUMPUR

NO. TEL :
+603-4287 5880

EMAIL : [email protected]

NO. PENDAFTARAN :
PPM-013-04-15082012

NAMA BANK :
MAYBANK

NO. AKAUN :
5622-4550-3239

NAMA AKAUN :
LEMBAGA KESEDARAN PENCEGAHAN JENAYAH MALAYSIA

PENASIHAT UNDANG-UNDANG :
1) NUR HAFIZĀ & ASSOCIATES
2) HANIF & CO
3) DATO AMIRUL RIDZUAN BIN HANIFF
4) TUAN MOHD FIKAH BIN SANUSI
5) TUAN EMIRUL SARIFUDIN BIN NOR AZMI
6) TUAN MUHAMAD MAWARDI BIN ZAINUDIN

PENASIHAT SUKARELAWAN HAL EHWAL KESELAMATAN :
TUAN ASP ZAIRUL HISHAM BIN HARON