PUTRAJAYA, 21 Ogos 2025 -YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri telah menyempurnakan Sesi Dialog Belanjawan 2026 Kementerian Dalam Negeri (KDN). Sebanyak 350 orang telah turut hadir memberikan input berkaitan dengan sektor keselamatan yang menyentuh empat bidang cabaran bidang utama iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, pengurusan pendaftaran dan imigresen, pencegahan, rawatan dan pemulihan serta cabaran pengurusan. Input yang dikemukakan akan disalurkan kepada Kementerian Kewangan sebagai input Belanjawan 2026 yang bertemakan Memacu Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.

Turut hadir, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri, YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Ketua Setiausaha, KDN, YBhg. Dato’ Sri Mohd Khalid Ismail, Ketua Polis Negara, Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha KDN serta Setiausaha-setiausaha Bahagian KDN.

Categories: Berita