17 Ramadan 1444H / 8 APRIL 2023
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
“Bulan Ramadan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan perbezaan antara yang benar dan yang batil.” –
Al-Baqarah | Ayat 185
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa Allah سبحانه وتعالى menurunkan ayat pertama Al-Quran kepada Rasulullah ﷺ dan berterusan secara berperingkat selama 23 tahun hingga menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku ketika Nabi Muhammad ﷺ berusia 41 tahun iaitu pada malam Jumaat 17 Ramadhan, sewaktu Baginda sedang beribadat di dalam Gua Hira.
Di kesempatan ini, Presiden Dato Asmawey Bin Hussain
Dan Pihak Pengurusan Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia mengucapkan selamat menyambut dan menghayati Hari Nuzul Al-Quran kepada semua muslimin dan muslimat. Marilah kita menjadikan al-Quran sebagai perlembagaan dalam setiap urusan kehidupan kita.