TAHUKAH ANDA ?

Kes penipuan akan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaaan.

Apakah tipu di dalam kes jenayah komersil?
– Memperdayakan orang secara fraud / tidak jujur sehingga mendorong orang yang diperdaya menyerahkan harta.

Apakah teknik penipuan dalam talian?

1. Menyamar sebagai mana-mana pihak melalui panggilan telefon sehingga mangsa serahkan wang ke akaun keldai. (MACAU SCAM)

2. Menyamar sebagai orang lain melalui media sosial untuk memikat mangsa sehingga mangsa memberikan pinjaman wang. (LOVE SCAM).

3. Suspek mengiklankan barangan / pekerjaan di media sosial dan meminta mangsa membuat bayaran namun sebenarnya barang tersebut tidak wujud. (JENAYAH E-DAGANG).

4. Suspek menawarkan pinjaman melalui media sosial dan meminta mangsa membuat bayaran perkhidmatan, guaman dan lain-lain namun mangsa tidak menerima wang pinjaman yang ditawarkan.. (PINJAMAN TIDAK WUJUD)

5. Suspek menawarkan pelaburan secara dalam talian yang menjanjikan pulangan wang serta keuntungan. Namun selepas mangsa melabur, suspek gagal dihubungi dan pulangan yang dijanjikan tidak diperoleh. (TIPU PELABURAN).

6. Mangsa menerima SMS/emel yang mengandungi pautan bank dan mangsa diminta mengemaskini maklumat akaun bank. Mangsa memasukkan butiran maklumat akaun bank dan menyerahkan OTP. Mangsa kemudian menyedari wang dalam akaun telah berkurangan. (PHISHING)

BE SMART ! STAY ALERT !

Categories: Berita