Merujuk kepada laporan media mengenai mangsa sindiket penipuan bil elektrik baru-baru ini, pihak TNB ingin menegaskan kepada semua pelanggan untuk tidak terpedaya dengan tawaran diskaun pakej pembayaran bil elektrik daripada mana-mana individu atau pihak ketiga, sama ada secara terus atau melalui panggilan telefon, WhatsApp dan media sosial.

Sila buat pembayaran bil anda melalui saluran pembayaran yang sah sahaja. Untuk mendapatkan pengesahan bagi sebarang maklumat, sila hubungi di talian 1300-88-5454, akaun media sosial Facebook TNB CareLine atau X @Tenaga_Nasional.

Selain itu, ambil langkah proaktif untuk menghindari ‘scam’ dengan mengambil maklum tentang taktik-taktik terkini yang digunakan ‘scammer’ di: https://www.tnb.com.my/scam-alert/

Categories: Aktiviti