SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 2025
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-68 bersama kita terus komited menjaga keselamatan, ketenteraman dan keharmonian negara dan suburkan semangat Malaysia yang bebas, aman dan bersatu!
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-68 bersama kita terus komited menjaga keselamatan, ketenteraman dan keharmonian negara dan suburkan semangat Malaysia yang bebas, aman dan bersatu!
PUTRAJAYA, 21 Ogos 2025 -YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri telah menyempurnakan Sesi Dialog Belanjawan 2026 Kementerian Dalam Negeri (KDN). Sebanyak 350 orang telah turut hadir memberikan input berkaitan dengan sektor keselamatan yang menyentuh empat bidang cabaran bidang utama iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, pengurusan pendaftaran dan imigresen, pencegahan, rawatan dan pemulihan serta cabaran pengurusan. Input yang dikemukakan akan disalurkan kepada Kementerian Kewangan sebagai input Belanjawan 2026 yang bertemakan Memacu Ekonomi Read more
Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail atas pelantikan sebagai Ketua Polis Negara (KPN) ke-15 pada hari ini.
Terima panggilan dari nombor yang tidak dikenali dan mencurigakan? AWAS Ia mungkin muslihat scammer yang menyamar sebagai pihak Polis/Penguatkuasa, Bank dan sebagainya. Jangan mudah terpedaya. Amalkan konsep 3S, Soal. Sekat. Sebar. Soal kesahihan maklumat yang disampaikan Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguatkuasa dan rakan-rakan. Anda Leka, Anda Terkena.. Sekiranya anda menjadi mangsa, segera hubungi hotline bank anda atau NSRC di talian 997 (8am – 8pm, Read more
Keratan Akhbar Pilihan: Polis DiRaja Malaysia mendedahkan nilai kerugian yang dialami oleh mangsa jenayah sindiket penipuan berusia 50 tahun ke atas adalah tertinggi berbanding kelompok umur yang lain. “Polis menyeru supaya modus operandi penipuan dalam talian dapat dikongsikan kepada semua golongan khususnya ibu bapa kita, ahli keluarga, jiran tetangga serta jadikan topik scammer ini sebagai satu perbincangan bagi mengelak daripada menjadi mangsa” – Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf. Untuk maklumat selanjutnya baca: https://bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2374787 Sumber: BERNAMA