AWAS SINDIKET PENIPUAN DISKAUN BIL

Merujuk kepada laporan media mengenai mangsa sindiket penipuan bil elektrik baru-baru ini, pihak TNB ingin menegaskan kepada semua pelanggan untuk tidak terpedaya dengan tawaran diskaun pakej pembayaran bil elektrik daripada mana-mana individu atau pihak ketiga, sama ada secara terus atau melalui panggilan telefon, WhatsApp dan media sosial. Sila buat pembayaran bil anda melalui saluran pembayaran yang sah sahaja. Untuk mendapatkan pengesahan bagi sebarang maklumat, sila hubungi di talian 1300-88-5454, akaun media sosial Facebook TNB CareLine Read more

DAULAT TUANKU!

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Pertabalan Kebawah Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17 pada 20 Julai 2024 Bersamaan 14 Muharam 1446H. “Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala Memberkati Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku”.

SCAM ALERT: AWAS! JENAYAH TIPU BOLEH DIDAKWA DI BAWAH SEKSYEN 420 KANUN KESEKSAAN

TAHUKAH ANDA ? Kes penipuan akan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaaan. Apakah tipu di dalam kes jenayah komersil?– Memperdayakan orang secara fraud / tidak jujur sehingga mendorong orang yang diperdaya menyerahkan harta. Apakah teknik penipuan dalam talian? 1. Menyamar sebagai mana-mana pihak melalui panggilan telefon sehingga mangsa serahkan wang ke akaun keldai. (MACAU SCAM) 2. Menyamar sebagai orang lain melalui media sosial untuk memikat mangsa sehingga mangsa memberikan pinjaman wang. (LOVE SCAM). 3. Read more

PORTAL SEMAK MULE CCID PDRM

Anda mahu memindahkan wang ke akaun bank pihak ketiga? Sebagai langkah berjaga-jaga, semaklah nombor akaun tersebut terlebih dahulu melalui portal SEMAK MULE (https://semakmule.rmp.gov.my) sebelum membuat pemindahan wang. Semak Mule membolehkan anda membuat semakan ke atas pemilik akaun bank dan nombor telefon yang mempunyai rekod jenayah penipuan (scammer)*.

RUJUKAN PORTAL SEMAK SKIM PELABURAN/PRODUK YANG DITAWARKAN SEBELUM MELABUR

Jadilah pelabur yang bijak! Sentiasa teliti, fahami dan semak skim pelaburan/produk yang ditawarkan sebelum melabur. Untuk lindungi diri anda dari terjebak dengan scam atau berurus niaga dengan pihak yang tidak sah, sentiasa berwaspada dan antara rujukan portal yang boleh digunakan: 1. Senarai Peringatan Pelabur (Portal Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)) http://www.sc.com.my/investor-alert 2. Senarai Amaran Pengguna (Portal Bank Negara Malaysia) bnm.gov.my/fca 3. Semak Mule (Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM) https://ccid.rmp.gov.my/semakmule