Selamat datang ke Laman Web Rasmi

Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia (LKPJM)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya memberikan sepatah dua kata di dalam laman web LEMBAGA KESEDARAN PENCEGAHAN JENAYAH MALAYSIA (LKPJM) yang baharu ini.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Selamat Datang” kepada semua pengunjung laman web LKPJM ini.

Harapan saya adalah kita bersama – sama bergerak sederap dan senada dalam membantu kerajaan Malaysia dengan berkerjasama dengan agensi dan badan-badan berkuasa kerajaan bagi membasmi dan membanteras gejala jenayah komersial dan najis dadah agar Malaysia menjadi sebuah Negara yang Bersih dan Aman.

LKPJM juga berperanan membantu masyarakat atas aduan yang diterima dari masyarakat secara amnya serta membantu menyalurkan sumbangan dengan melalui aktiviti dan program kebajikan.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada ahli-ahli LKPJM, masyarakat sekitar dan juga agensi badan-badan keselamatan kerajaan dalam bersama-sama membantu membanteras jenayah bagi menjaga Kedaulatan Undang-Undang Negara. Adalah diharapkan agar usaha-usaha ini akan mendatangkan hasil yang terbaik demi menjaga Keamanan Negara Malaysia. Saya juga berharap laman web ini menjadi sumber rujukan berguna para pengunjung.

Terima kasih kerana mengunjungi laman Web LKPJM.

DATO’ ASMAWEY BIN HUSSAIN
PRESIDEN LEMBAGA KESEDARAN PENCEGAHAN JENAYAH MALAYSIA